Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

Cara Install Windows 7

0 Comments »

Windows 7 adalah produk Microsoft terkini yang juga mempunyai beberapa kelebihan jika di bandingkan sistem operasi sebelumnya. Kat Sini aku akan menerangkan cara pemasangan / installation windows 7 ke komputer korang secara langkah demi langkah secara bergambar. Aku percaya dengan pengetahuan ini juga membolehkan korang membaik pulih komputer anda sendiri sekiranya komputer anda di landa masalah seperti virus dan lain2. Selain ia menjimatkan duit, korang juga boleh membuat duit dengan mengetahui cara-cara ini.

Sebelum memulakan pemasangan windows 7 ada beberapa benda yang perlu antaranya ialah

  1. Windows 7 DVD
  2. Komputer dengan spesifikasi di bawah (minimum, jika dapat lebih lagi baik)
    • 1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau 64-bit (x64) processor

    • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)

    • 16 GB ruang hard disk (32-bit) or 20 GB (64-bit)

    • DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0

Setelah semua peralatan tersedia, mari kita bermula

Langkah 1:

Masukkan DVD Windows 7 ke DVD Drive dan reboot komputer anda. Selepas daripada reboot anda akan nampak screen seperti di bawah.

Tunggu sehingga proses ini selesai. Jika screen seperti ini tidak keluar di komputer anda, ini mungkin di sebabkan komputer anda tidak boot daripada DVD windows 7 tetapi boot daripada hard disk anda. Saya akan terangkan bagaimana menyelesaikan masalah ini dalam topic yang lain. Pada ketika ini, installer tidak mengubah apa-apa konfigurasi di dalam komputer.

Langkah 2:

Setelah langkah 1 tadi selesai, komputer korang akan memaparkan gambar seperti di bawah.

Di sini korang akan di beri pilihan bahasa, format masa dan wang, dan juga keyboard layout.Klik next untuk proses seterusnya.

Langkan 3:

Di sini korang ada beberapa pilihan seperti "Repair your computer", pilihan ini adalah untuk komputer yang sudah di pasang / install windows 7 tetapi malangnya berlaku beberapa kesilapan teknikal dan menyebabkan sistem windows tersebut rosak dan perlu di baik pulih.

Dalam topik ini, korang cuma perlu klik "Install now".

Langkah 4:

Di sini korang akan dapati lesen yang membosankan jika di baca.Aku rasa tidak ramai di kalangan kita yang sanggup membaca lesen ini. Klik kotak "I accept the license term" di ikutu butang "Next"

Langkah 5:

Di sini korang boleh memilih samada untuk upgrade atau memasang baru sistem Windows 7. Walaupun korang boleh upgrade daripada sistem windows yang lama kepada windows 7, aku mengesyorkan korang mengambil cara ke-2 iaitu "Install new copy of windows". Ini adalah untuk mendapatkan prestasi windows 7 yang sebenar di samping mengurangkan masalah-masalah semasa proses pemasangan.

Langkah 6:

Klik lokasi di mana korang mahu file windows di pasangkan. Ada setengah-setengah kes di mana pengguna perlu membuang sistem operasi lama mereka untuk mengelakkan sebarang konflik dan juga menjimatkan ruang hard disk. Untuk membuang sistem operasi lama, korang cuma perlu memilih "Drive Options" yang berada di bawah kotak pilihan hard disk. Sila pastikan korang membuat salinan untuk fail-fail penting korang...

Langkah 7:

Sekarang Windows 7 akan memulakan proses pemasangan yang mana ianya akan mengambil lebih kurang 15-40 minit bergantung kepada kelajuan pc/ laptop korang..

Langkah 8:

Setelah proses tadi selesai, korang akan melihat skrin seperti di atas ini.

Langkah 9:

Sila masukkan nama korang di ikuti nama komputer korang seperti test-pc atau Bob-pc. Nama ini akan kelihatan di network, jadi sila gunakan nama yang bersesuaian supaya mudah untuk korang mengenal pasti komputer ini nanti.

Langkah 10:

Masukkan password korang di sini.(Disyorkan untuk keselamatan)

Langkah 11:

Kat sni, korang perlu mamasukkan windows 7 product key yang di sertakan sekali apabila anda membeli DVD Windows 7. Jika anda tidak mendapat product key semasa membeli DVD ini (original aje, yang lanun tu memang tak dapat).

Jika Windows 7 di sertakan sekali semasa korang membeli komputer korang, kebiasaanya product key ini terletak di belakang PC atau di bawah laptop korang.

Langkah 12:

Pilih recommended setting yang terletak di atas sekali antara ke tiga-tiga pilihan.

Langkah 13:

Sekarang komputer korang telah tersedia dengan windows 7. Sekarang korang boleh la memasang software yang penting seperti driver office dan lain2...

2:38 AM

0 Responses to "Cara Install Windows 7"

Post a Comment